BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

PemBuKa BicARa..BAcA Lah

PemBuKa BicARa..BAcA Lah

Tuesday, November 23, 2010

ReNungan Bersama...

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.

Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah WHAT YOU GIVE-YOU'LL GET BACK. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu ?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.

Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat.
Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun.
Ingat apa yang saya kata tadi, WHAT YOU GIVE-YOU'LL GET BACK…
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka.
Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih.
Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah.
God is our “ceo”, kata orang sekarang.
Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain.
Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…!!”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya.

Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan…

Orang Ikhlas Tertindas ?!

TeRiMalah Dengan Seadanya..

Thursday, November 11, 2010

Cats Baru..aka Pengganti Comet..

Nih Nama di myHubby kasi (ATEH)..

Ni Lak (LABU) yg Comot..pengganti COMET..

Huhuuhh..
Comei kan..heeh

Miss My COMET..


Huk..Huk..
Mana Lah Comet nih...
Rindu kat dia..
Dah Hilang x tau g mana..
Ngajuk kottt..
Sebab kitorang dah ader Cat lain...huhuhuhu

CoMBo JenJaLan ..

Ngeee Lapar Yg Melampau..

Da x Der Pinggan Mangkuk ag ker..mkn dlm koli..huhuhuh

I Like..This..(Nasi GOREng Belacan)
(; kalu g maidin melaka mesti Hinggap kt cn..


Ni ler Adik Badik aku..
Yg sentiasa menceria kan keadaan..Dan suka bejalan Sakan..
Love ya..

I MiSs MyCar...huk..huk..

Miss..Miss u VM..
Walaupun silih berganti ngan yg br..
Tp..ko Tetap menjadi Pojaan Hati ku..
huhuhuhu..

Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT HARI RAYER..

SAlammm...

Sume...
Fuhhhhh..Fuhhhh...
Bnyk nyer Sawang ngan lelabah....
Lama betol x menghupdatekan diri..kan...
al-maklumlah sibuk sngt ngn keje..
kalu nak hupdat musti luper..nak cita bebnyk pun..
x berkesempatan....Cume bnyak hupdate kt Fb jer..

Neway...
Dibulan yg mulia ini
SyIngin mengucapkan SELAMAT HARI RAYER..
MAAF ZAHIR & BATIN...

Gambar Rayer nnti ku uploadkan...
INSYAALLAH....

Saturday, May 15, 2010

bunkface @ CTRM Family Day 2010

Thursday, April 29, 2010

MinI ICC Wilayah Selatan 2010

CS TEAM Musti MAri!!!

Menjawab Soalan...ngan Teliti...

Waktu Permulaan...
Memberi penerangan ngan teliti..

Hah Ko..
sekali hupdate bleh dlm sehari beb...
disebab kan busy memanjang...
kali nih hupdate tentang Team CS dpt melayakkan diri ke MINI ICC peringkat Selatan @ JB
berlangsung pada 26&27 April 2010..@ Hotel The Zon Regency..
CtrM menghantar 5 Wakil dan kelima2 Kumpulan mendapat GOLD AWARD sekali gus melayakkan diri keperingkat WILAYAH SELATAN yg akan berlangsung pada 28&29 june 2010 di MELAKA..
BRAVOOO..
Kumpulan AKU adalah salah satu nyer heheheh..

Any Update pls refer @ My Fb wokey...
Ciowwww...

CTRM MeNyerLah Di Kejohanan TerBuka MPAG

BraVooo....
CTRM...kali nih dapat menempatkan diri no3 ..di peringkat terbuka MPAG 2010
berlangsung pada 24/4/2010..

aku tak pat menyertainyer disebabkan.."HubbY Tak Kasi main "..tak suka..tak suka..huhuh sedih beb..
kalu ikut kan hati memang nak main..ye lah dah biasa ngan sukan nih..tak per akan datang nak main jugak..
nak kasi lebihan2 babat kat bdn nih bekurangan huhuhu...al-maklumlah dulu kancil skrg dah myvi (nyer bumper uhuhu)...

Sekian...
Ciooaooaoawww...

NetBall PKNM..2010





"TEAM A" & "TEAM B"
"Aku" as a WD @ Team B

Salam...

summaaa...
lama tak menjengah blog nih dah berlalang bagai dah hah..
episod lalu..pasal training..
episod kali nih pasal perlawanan yg berlangsung:-

pada:10/3/2010

Tempat:- Komplek Sukan tepian Air keroh Melaka.

Masa:-8.00am ~ 3:00pm

Perlawanan antara industri melaka..
CTRM menghantar 2 team iaitu TEAM A & TEAM B
Manakala AKU plak masuk TEAM B..ye lah team yg baru nak naik nama..
CTRM menyerlah pada kali nih dua tahun berturut2 JOHAN INDUSTRI..

Iaitu TEAM A JOHAN & TEAM B No-4..
Dapat Gak hadiah beb..berbaloi lah gak dpt main heheh..
Ok...ciaowww....

Thursday, April 1, 2010

NetBall Training 2010


Al-Kisah Nyer..


Kring....Kring (Rupa2 nyER Kak Bib Tel ajak Aku Main Netball..Sebb ramai yg tariK DiRI Last MiNit...


AkU :"Kak Sy KeNe TanyEr Mr HuBby Dolu~DlM HaTi MustI Mr.HuBBy Tak Kasi..


K:Bib : "Ala k.BiB Nak Result sekaRg Jugak..so Dia ckp Aku 50-50 dia akan tanyer org lain dolu..K.Fairuz.."


AkU : Ok Kak Sy TeL Mr.HubbY Sekarang juga..Bye..


Dlm pas Tuh Aku terus call Mr.Hubby
AYat Kene Baik Beb..KenE PuJuk MeMujUk Seket..hehehheh
SO MR.Hubby Bg Kelepasan kat AKu BUT adEr PlaK SYaRat2 Nyer..AdOi Ai..

1) Dia Tak Kasi TraiNing Straight huhuuhu SedIh Nyer..So Aku Kene Training ToDay(Jumaat,Isnin & Rabu) Makna nYer..SelAsa & Khamis Tak leh g Training..Nak Lawan InTer InDustrI 11/4/2010 Nih Beb...camana lak TuH..

2)Reason Dia..Nnti Blek Lambat lah..AwAk Sakit Perot Lah..apo lah..sebb kami nih Dok kat TAMPIN...Nak Training Kat SERI NEGERI MeLAKA..Bebbb..Mau dia x kasi..Hehehhe

3) So aku TerIma Dng ReLa Huuhuu Memang SPoRt dah jadI Darah Daging aku Beb..& Semenjak Kahwin Aku x penah Sambung X tvt Sukan Aku..So Tahun Nih Lah Untuk Aku BerSeronoT2... BeSukan2 & SbLm MEmPregNant Kan DirI Yg Dah Nak Masok 3 Thn nunggU (So BohSan rrr+ LoM Ader Rezki lahhh)huhuhuh..

4) Nnti Petang Aku Nak kene Bgtau K.BiB ResulT AkU...Ntah Dia Terima @ Tak..huhuhu


W/bGaimanapun..aKu Akn tunggu Apa Kata K.BiB PoTAnG Nih..Kalu Dia Suh TurUn Potang Nih NasIB Ler (FrEINdLy MatCh beb..huhhhu)..


APo2 Majulah Sukan Utk DiRi Kiter Sendiri hehheheh

Wokey CIowwww...Looooo

Wednesday, March 31, 2010

INTer CTRM BAdMiNTon MaTcH 2010 (:-

SeLePas MereGistEr Kan DirI..BerGamBo BerSama GenG HaWa....

My CouplE (HeNtAm Team)



BeRsaMa ahlI komuTi SRC(IzzaTi)



MemBeRi KomItMen Yg PeNuh..(hehhe)


DaN MenJadI penyokong Tetap..huhuh



Selepas Perlawanan Kalah melawaN Juara (K.zILa & K.Yummy)..







AlKisah...

INi Berlaku Pada 20 March 2010 di DewaN MAKSAK Batu Berendam..

Dekat jer..kat Kilang den tew..Org nak Main kita pun nak gak..PermIssion dIbeRi Oleh Mr Hubby Apo lai...AKu pun Join ler..Sajer nak kuar kan peluh...so..Tel Pija Secouple ngan aku..(Pija ON Jer)..

Mr Hubby Siap sound ag..("Kalu G traIning Abg Tak KAsi"..yer lah nak g training JAuh kat melaka Aku dok Tampin..mustilah dia tak kasi..Kalu Lawan Terus 20hb Bleh...Yahoooo...suko Ati den..LoVe ya BabY..)

Walaupun MAin cam Tangkap KAtak..But VerY2 Enjoy the Game maa..hehehhe ..Blek Umah Siap rrr Telan 2 biji panadol..Mana tak nyer..x penah Training..tup..tup hari kejadian terus lawan..ehhehe..Badan Sakit2 heheh..nak suh Mr Hubby picit jngan haraplah..Tanggung sendiri ALAMATNYER...huhuhu

Tapi.. Memang Beshhhh & Superpp Lah.. Tahun Depan AKU nak Join Ag...

Kalo..Nak tengok Lagi..dan Lagi..Piccas sila lah..poi..

This Link :-

http://izzatijafni.fotopages.com/

http://ppchampion.blogspot.com/

& The MoRe Piccas Poi Lah Ko Fb Den Yo...

Wokeeyyyyy...Cioow looo..

Monday, March 15, 2010

KeMera Yg Hilang..!!!!

Uwaaaa..%&6^%&%
HUHUHU Selamat Tinggal "My Beautiful Gadjet".....
Hilang Dikau Ontah dimana..
Nak menggantikan nyer..usah ckp ler..
kene tunggu duit bonus..Br bleh beli heheh..
Dan baru bleh ganti yg sejibik like u...
HHUUHUHHU

SELAMAT TINGGAL....SELAMAT TINGGAL..HILANG KENE CORi...

KEpaDa seSapa PEncori2 Kemera Ini..
Hanya Allah yg akan membalasnyer..
Dibeli Dengan Hasil Titik peluh Aku Sendiri..Bukan Senang Tau nak Beli sesuatu BaRang Dengan Duit Kiter Sendiri..Tup..Tup..Engkau HilanG DiCURi ORAnG
HuHuHuHu

Bye..
IEda..

Thursday, March 4, 2010

ADMiTeD SpITAl PAnTaI AIR KeRoH...(-'

HuHu...


MasUk SPiTaL PAnTai AIrKeRoh..
24Feb2010 Dah DiSuruh MaSuK SpiTal..
SeNaNg KataNyer Doc..(:
Xtually Nak Kene OperatiON.. 25FeB2010 (8:30Pg)
TaPiiiiii...x jadi..

AlHamdullillah..Berkat Doa FamiLy N kenGKawan..
KeTumBuhan iTew DiSahKAn DAH MenGeCil..
DoCTer Bg TemPoh SetahUn Untuk Jadi MommY..
Kalu Tak Der jugak Tahun Depan..MasUk Spital Balek..
HehEhE..

Tuesday, March 2, 2010

AT The Same Time Xtiviti 21/2/2010

Tapi Akhir nyer Dpt Gak Habuan (Hamper)..
Gambau Ikan tak pat nak snap ler.. aku sibuk kek kompleks sukan hehehhe
Sowi yer cek abg..
Bosan menununggu until 2:00 pm

Ramai jugak lah yg menyertai pertandingan terbuka nih..

1st impression huhuhu(mana ikan nih!!!)

He he ..
Hubyy kalu dah Hobby..
Mana2 pErtandingan memancing musti nak ikuti,...
heheheh
Kat C2 jugak ader macm2 Xtiviti Eg: Wall Climbing,Paint Ball N bnyak ag lah..
Seb baik masa nih Aku Ader X tiviti Sokan kat kompleks Sukan tuh..Dan nasib baik berdepan sj kat TASIK AIR KEROH nih..
So Sorg poi mancing Then, sorang Ag poi kek kompleks sukan..
huhuhu
aper2 pun Xtiviti hari mingguan terisi ler jugak..kalu tak..
nongok jer kek Umah..huhuhu

Choowowow !!!

Minggu BerXtiviti 21/2/2010

NeTBALL MaTCh ResuLt
TaKRAw MatCh ReSULt
Aku NgAn Izati(Take Time Gilrs huuhu)
huh..
XTiviti kelab sukan CTRM telah bermula dengan Netball N Takraw Match..
Di Kompleks sukan Air Keroh @ Tepian..
Fuhhh Penat giles ..almaklumler..commitee Promotion @ take time girls..huhuuh
Fuh bersemangat gilers budak2 nih..
sambutan yg tak dijangkakan..hehhe
al-maklumlah interCTRM...
Bagus jugak lah diorg wat cam ginih dpt mencungkil bakat2 kesukanan yg terpendam sejak sekian lama..
Tapi yg terajisnyer aku tak pat menyertai netball sebb2 penyakit2 yg tertentooo...
huhuhu (:- Syian..
kalu tak ..dah lama menceburkan diri dlm sokan2 nih..
huhuh
apa2 pun..TAHNIAH kepADa Yg BERJAYA..YG tak BERJAYA..
CoBA Lagi Pd THN HADapan..
Untuk lebih Lanjut Ag sila2 lah..kat LInK Nih

Monday, February 15, 2010

CoNtEst by http://adibahmad.blogspot.com II

SaLam Sumer..
Nak tunjol kan diri dlm Contest mengkonTest nih...
Gambar tak seberapa..
tapi nak jugak ceburkan diri...

Sila Ikut Arahan Yer dr Blog Adibah nih


'Create

Pada Hari Sabtu 6/2/10 Yg Panas BerDengkang(yg panas gilers)yg lepas.. Jam 2:00 PM.. Selepas pergi Check Up kat Spital PANTAI .. Jenjalan ler di pameran 1 MaLAySia di MBMB Melaka.

Maka Terjumpalah satu pameran Drpd Pihak Zoo.. Maka terciptalah kisah disebalik Piccas diBawah..


Cerita Disebalik piccas nih merupakan anak gajah yg berusia 3 bulan..yg tlh diawetkan..
yg dijadikan sebagai daya tarikan..untuk Zoo .. Aper LAgi aku bukan boleh tengok benda2 yg pelik2 (bg korg memnglah tak pelik mana kan) tapi jarang2 nak jumper..heheh..MAka terciptalah gambar diatas..
Gambar diambil oleh..MY HuBBy..

Yang ni pula,...Seram+Sejuk..
Bersama ular tedung Selar yg telah diawetkan..
ermm memng seram sejuk..
cobe korang pikir kalu ular tedung selar ni masih hidup .. Mintak
Hampun Mintak Mahap ler..
tak dapek den nak mempossing2 kat sebelah makhluk tuhan yg berbisa ini..
heheheheh...Gambar nih pung Diambil oleh
MY Hubby..

Para hakim..
yang bijaksana terima lah seadanya piccas2 diatas..
yg tiada cerita sensasi masa kini.. hanya berpandukan kepada haiwan2 yg diawet diatas..

SEKIAN TERIMA KASIH..

CHHHHHOOOWWLLOO bebby..

Sunday, January 24, 2010

CoNtEst by http://adibahmad.blogspot.com


Jom Joint The Contest..

Pls refer below Link..

'Create

Sabar Yer saya akan upload kan gambau yg bleh kasi cerita "baik punyer"
For The Next Entry..
Choloooooooo babee..